Thursday, 5 May 2011

KEHIDUPAN

Setiap amal bergantung pada niat.Niat dan tujuan orang yang beriman lebih baik dan bernilai pada pandangan Allah daripada amalannya.Niat orang yang tidak beriman lebih buruk daripada apa yang nyata dengan amalannya.Lisan yang didorong dan dikendalikan oleh kekuatan iman akan menghasilkan mtiara-mutiara kata yang elok didengar dan memancarkan kebenaran.

Imam Ali bin Abi Talib berpesan : "Tenangkanlah hati dalam waktu-waktu tertentu,kerana jika hati itu merasa letih ia akan menjadi buta".
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : "Rebutlah peluang lima sebelum lima: Masa muda sebelum tiba masa tua.Masa sihat sebelum tiba masa sakit.Masa lapang sebelum tiba masa sibuk.Masa kaya sebelum tiba masa papa.Masa hidup sebelum tiba masa mati.".

Madu adalah penyembuh untuk penyakitdan Al-Quran adalah penyembuh bagi penyakit dalam hati, maka hendaklah kamu berubat dengan madu dan Al-Quran.Setiap orang itu lemah apabila ia menyerang kerana beliau hanya mempunyai satu tangan untuk mempertahankan diri dan satu lagi digunakan untuk menyerang.Menghairankan sekali,orang yang mencuci wajahnya berkali-kali dalam sehari,tetapi tidak mencuci hatinya walaupun sekali setahun.

Setiap jiwa merindui kebenaran Ilahi,kerana disebalik kerinduan itu tersimpan kenikmatan yang paling indah,yang sangat sukar untuk diucapkan dengan kata-kata.Hanya jiwa yang beriman dalam meneguk makrifatullah yang dapat merasakan betapa agungnya jiwa yang mahmudah.

1 comment: